Perutusan PM mengenai situasi semasa Covid-19 petang ini
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan mengenai situasi semasa koronavirus (Covid-19) petang ini.
Perutusan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada jam 4 petang.
Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-228 hari ini dan hari ke-144 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!