Amah berusia 16 tahun didera hingga mati

Uzma Bibi mati didera oleh majikannya.
Uzma Bibi mati didera oleh majikannya.
A
A
A

LAHORE - PAKISTAN. Kes penderaan dan pembunuhan seorang amah berusia 16 tahun menimbulkan kemarahan orang ramai di Pakistan.

Mangsa, Uzma Bibi menemui ajal di tangan majikannya yang tidak berhati perut.

Uzma dipercayai kerap diseksa semenjak tinggal dan bekerja di rumah majikannya sejak lapan bulan lalu.

Menurut laporan di media sosial dan stesen televisyen Pakistan, gadis malang itu turut mengalami keretakan tulang akibat kerap dibelasah.

Malah, keadaan fizikalnya turut berubah menjadi kurus kering disebabkan kekurangan zat.

Awal minggu ini, kepala Uzma dihentam menggunakan objek tajam kerana mengambil sedikit makanan dari pinggan anak majikannya.

Akibat hentakan kuat itu Uzma tidak sedarkan diri, bagaimanapun majikannya enggan membawa gadis tersebut ke hospital sebaliknya menggunakan renjatan elektrik dalam usaha 'menghidupkannya' semula.

Dunya TV pula melaporkan Uzma dicekik dan mayatnya dicampak ke longkang.

Artikel Berkaitan:

Menurut parti pemerintah Pakistan Tehreek-e-Insaf menerusi Twitter mereka mengesahkan tiga suspek wanita sudah ditahan untuk membantu siasatan.

Kesemua mereka mengaku melakukan penderaan tersebut semasa disoal siasat polis.

Difahamkan, video memaparkan Uzma dalam keadaan tidak bermaya dan dipaksa makan tersebar luas di media sosial.

Susulan itu, netizen menuntut campur tangan segera Perdana Menteri Imran Khan dan mendesak ketiga-tiga suspek dijatuhi hukuman mati. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!