Muhyiddin pandang serius trend peningkatan kes Covid-19

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius trend peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) secara mendadak di negara ini.

Beliau ketika menyampaikan perutusan mengenai situasi semasa Covid-19 memaklumkan, hanya dalam tempoh sebulan lalu hampir 20,000 kes positif baru dicatatkan di Malaysia berbanding 10,526 kes dalam tempoh enam bulan sebelum ini.

"Jumlah keseluruhan kes positif setakat 30 Oktober lalu adalah sebanyak 30,090 kes dengan 246 kematian.

"Setakat ini Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 13,701 kes. Negeri-negeri lain yang mencatatkan lebih 1,000 kes ialah Selangor, Kuala Lumpur Kedah dan Negeri Sembilan. Peta negeri Sabah dan Selangor menunjukkan hampir keseluruhan kawasan telah menjadi merah yang merekodkan lebih 40 kes," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!