Doktor terpedaya beli 'lampu Aladdin'

Suspek mendakwa mereka kononnya boleh berkomunikasi dengan 'jin' yang terdapat dalam 'lampu Aladdin' tersebut. - Foto Agensi
Suspek mendakwa mereka kononnya boleh berkomunikasi dengan 'jin' yang terdapat dalam 'lampu Aladdin' tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

LUCKNOW - Dua lelaki di Uttar Pradesh, India ditahan gara-gara cuba memperdaya seorang doktor untuk membeli 'lampu Aladdin' yang didakwa boleh membawa kekayaan, kesihatan dan nasib yang baik.

Media tempatan melaporkan kedua-dua individu terbabit juga berpura-pura berkomunikasi dengan 'jin' yang terdapat pada lampu yang terkenal dalam kisah The Arabian Nights.

"Mereka mahukan bayaran tambahan berjumlah lebih AS$200,000 (RM830,600) walaupun mangsa sudah membayar wang pendahuluan berjumlah AS$41,500 (RM172,349). Suspek ketiga merupakan seorang wanita masih diburu polis," lapor NDTV.

Difahamkan, kegiatan mereka terbongkar selepas doktor terbabit membuat aduan kepada pihak berkuasa di Meerut, barat Uttar Pradesh awal minggu lalu.

"Dia mendakwa 'Aladdin' juga pernah muncul di hadapannya sebelum doktor itu menyedari ia sebenarnya salah seorang suspek yang berpakaian seperti watak terbabit," jelas NDTV lagi.

Sementara itu, jurucakap polis Meerut mengesahkan kedua-dua suspek juga terlibat dalam kes penipuan keluarga lain menggunakan taktik sama. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!