Seorang lagi positif Covid-19 di Jempol

Seorang warga emas telah disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam menjadikan kumulatif kes bagi daerah ini sebanyak 19 kes. Foto 123RF
Seorang warga emas telah disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam menjadikan kumulatif kes bagi daerah ini sebanyak 19 kes. Foto 123RF
A
A
A

JEMPOL - Seorang warga emas telah disahkan positif koronavirus (Covid-19) semalam menjadikan kumulatif kes bagi daerah ini sebanyak 19 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, warga emas berusia 65 tahun itu telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban kerana keadaannya kritikal.

"Kontak rapat kes hanya dalam kalangan isteri dan anak-anak kerana pesakit tidak keluar rumah kerana sakit.

"Saringan dan kuarantin telah dilaksanakan kepada semua kontak rapat dan kes ini akan didaftarkan dalam statistik daerah Jempol hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini berhubung perkembangan kes Covid-19 di Jempol.

Mengulas lanjut, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak panik kerana situasi kes Covid-19 di Jempol adalah terkawal.

"Justeru, masyarakat juga digesa supaya tidak menyebarkan pelbagai berita yang tidak tepat kerana Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan semua agensi telah mengambil tindakan segera untuk mengawal keadaan," katanya.

Terdahulu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jempol ditutup tiga hari bermula Jumaat sehingga hari ini susulan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Kes itu telah dirujuk ke HTJ, Seremban dan seramai 13 individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit telah membuat saringan.

Artikel Berkaitan:

Kesemua kontak rapat sedang melakukan kuarantin kendiri di rumah dan dimaklumkan pesakit positif Covid-19 itu adalah dari Kluster Taman Bunga di Seremban.

Setakat semalam, terdapat dua kes Covid-19 telah didaftarkan di daerah Jempol melibatkan seorang murid di Sekolah Kebangsaan Felda (SK) (F) Raja Alias 3, Bandar Seri Jempol dan seorang kakitangan PPD.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!