Ahli politik Belanda minta masjid dilindungi
Tunahan Kuzu berkata ia sebahagian daripada langkah membendung peningkatan kes Islamofobia.
Kuzu berkata, terdapat kira-kira 300 kes serangan ke atas masjid sejak 10 tahun lalu.
Katanya lagi, melindungi masjd di Amsterdam adalah sebagai permulaan dan berharap lebih banyak bandar mengambil langkah sama.
Minggu lalu, Datuk Bandar Amsterdam, Femke Halsema berkata pihaknya akan melindungi masjid dan pusat Islam ekoran peningkatan kes ancaman Islamofobia. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!