Pahang idam juara Piala Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan (kiri) melihat Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi melakukan cabutan undian pusingan pertama Piala Malaysia hari ini. - Foto FB MFL
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan (kiri) melihat Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi melakukan cabutan undian pusingan pertama Piala Malaysia hari ini. - Foto FB MFL
A
A
A

SKUAD Tok Gajah melaungkan amaran betapa mereka menginginkan kejuaraan Piala Malaysia walaupun diundi bertemu jaguh dari utara, Kedah dalam saingan yang akan bermula 6 November ini.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, para pemainnya sudah bersedia untuk mengharungi kejohanan berprestij itu sekali gus mengapai satu lagi slot ke Piala Afc 2021.

"Prestasi Pahang sebenarnya berada di tahap memuaskan biarpun beberapa keputusan kurang menyebelahi kami dalam beberapa perlawanan sebelum ini selain dibelenggu dengan kecederaan pemain.

"Saingan Piala Malaysia ini akan menjadi medan kebangkitan kami dan sasaran saya mahu membawa Pahang muncul juara," katanya.

Sementara itu, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak melihat pertembungan dengan Pahang itu akan menyajikan aksi sengit apabila turut bertemu lawan sama pada aksi separuh akhir yang menyaksikan pasukan kendaliannya itu layakmenerusi peraturan gol di tempat lawan apabila agregat terikat 8-8.

Malah, Aidil juga menyifatkan pertemuan ini juga sebagai aksi untuk memadamkan kedukaan tewas 1-2 kepada pahang dalam aksi CIMB Liga Super Stadium Darul Makmur pada September lalu.

“Saya rasa bukan sahaja pemain tetapi peminat dari kedua-dua pasukan secara keseluruhan pasti menanti aksi ini kerana pertemuan yang paling menarik pada pusingan pertama.

"Kekalahan kami kepada Pahang pada CIMB Liga Super sebenarnya satu hikmah agar pemain saya tidak akan ambil sambil lewa dan memberikan yang terbaik pada aksi itu nanti.

Artikel Berkaitan:

"Dalam masa sama, kami juga dalam misi menebus kekecewaan tahun lalu tahun lalu tumpas 3-0 pada aksi final kepada JDT," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!