Wujudkan lebih banyak bantuan dana

Usahawan mengharapkan Belanjawan 2021 dapat mewujudkan lebih banyak bantuan dana atau pi
Usahawan mengharapkan Belanjawan 2021 dapat mewujudkan lebih banyak bantuan dana atau pi
A
A
A

GOLONGAN usahawan mengharapkan pembentangan Belanjawan 2021 akan menumpukan usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (IKS) sebagai salah satu langkah memulihkan ekonomi.

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Mohd Nor Nizam Baharudin berkata, kerajaan dicadangkan untuk mewujudkan lebih banyak bantuan dana atau pinjaman khas untuk usahawan bagi menstabilkan perniagaan mereka menerusi bajet yang akan dibentangkan.

“Saya juga berharap kerajaan membuat pemudah cara urusan dalam kelulusan dengan melihat daripada pelbagai sudut supaya adil dan saksama.

“Sebagai contoh, ada usahawan yang mempunyai syarikat melalui pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) boleh dapat bantuan RM3,000 bagi Geran Khas Prihatin sedangkan perniagaan tidak berjalan sekian lama,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, situasi yang dialami usahawan kini jauh berbeza kerana kuasa membeli orang ramai semakin berkurangan sehingga menjejaskan operasi perniagaan terutama dari segi penggajian staf dan kos sampingan.

“Ada usahawan yang masih menjalankan perniagaan, ada lesen, ada permit tetapi tidak dapat bantuan RM3,000 dengan alasan jualan melebihi RM300,000 setahun.

“Ya, RM300,000 itu adalah hasil jualan dan kenapa tidak dilihat dari sudut kunci kira-kira apabila ditolak jumlah perbelanjaan, berapakah yang tinggal sebenarnya,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Nor Nizam Baharudin
Mohd Nor Nizam Baharudin

Katanya, bantuan atau elaun kewangan khas kepada usahawan berskala kecil penting supaya mereka dapat menyusun strategi bisnes mengikut dana diperoleh dan mempermudahkan urusan tanpa birokrasi.

Sementara itu, Mohd Nor Nizam mengakui pelbagai bantuan disalurkan kerajaan menerusi beberapa pakej rangsangan ekonomi sangat membantu golongan usahawan terutama bantuan subsidi upah.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan cadangan membenarkan pengeluaran daripada akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah wajar.

"Cadangan ini sangat bertepatan ketika ini bagi membantu rakyat berbelanja dengan wang caruman milik sendiri.

“Ia tidak akan merugikan sesiapa, sebaliknya akan banyak membantu rakyat dalam memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!