Putera William rahsiakan dirinya positif Covid-19
LONDON - Putera William dilaporkan dijangkiti pendemik koronavirus (Covid-19) pada April lalu dan bertindak merahsiakan perkara itu agar tidak menggugat ketenteraman negara, menurut satu laporan.
Bagaimanapun, Duke of Cambridge itu mengikuti panduan telah diberikan pihak pemerintah iaitu dengan melakukan kuarantin kendiri di rumahnya.
Laporan itu menyebut, beliau dirawat oleh doktor istana tetapi merahsiakan diagnosisnya kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kerisauan terhadapnya.
Katanya, Putera William dilaporkan tidak mahu membimbangkan orang lain selepas mendapat berita mengenai diagnosis bapanya, Putera Charles.
Satu sumber memberitahu akhbar Sun bahawa Putera William dijangkiti virus berkenaan.
"Pada satu tahap, beliau sukar bernafas, jadi semua orang di sekelilingnya menjadi panik.
"Selepas berjumpa doktor dan disahkan positif, beliau bertekad melakukan urusannya seperti biasa," kata sumber.
Difahamkan Putera William dijangkiti Covid-19 sehari selepas ayahnya juga dijangkiti virus itu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!