Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Bajet 2021: Apa anak muda mahu?

02 November 2020 | Wacana
A
A
A

Bajet 2021 bakal dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November nanti.

Untuk belanjawan 2020, kerajaan telah memberi penekanan kepada banyak perkara berkaitan anak muda antaranya peluang pekerjaan, gaji minimum, bantuan sara hidup, rumah termasuk peruntukan e-wallet.

Namun adakah kesan serangan wabak Covid-19 tahun ini menyebabkan bajet anak muda 'lebih sempit' berikutan kerajaan terpaksa menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara?