Jumlah kematian gempa bumi Turki cecah 69 orang

Pasukan penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang roboh akibat gempa di Kota Bayrakli, Turki. - Foto AFP
Pasukan penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan yang roboh akibat gempa di Kota Bayrakli, Turki. - Foto AFP
A
A
A

IZMIR - Usaha mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah Aegean Turki pada Ahad petang apabila gempa berkekuatan 6.6 skala Richter melanda wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki berkata, angka kematian akibat gempa pada Jumaat lalu meningkat kepada 69 orang.

"Sejak 7 malam waktu tempatan (1600GMT), sekitar 987 gempa susulan, dengan 43 daripadanya yang bermagnitud lebih empat melanda kawasan itu.

"Seramai 949 orang mengalami kecederaan, manakala 729 daripadanya telah dibenarkan keluar dari hospital dan 220 lagi masih dalam rawatan," kata AFAD.

Pusat penginapan sementara turut diwujudkan bagi memenuhi keperluan mendesak di Izmir dan setakat ini, 1,040 khemah telah dipasang, dengan lebih 1,430 lagi dalam proses pemasangan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa kuat gegar Turki dan Greece

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!