[VIDEO] Bapa, dua kanak-kanak maut treler terbalik

Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa hampir tiga jam.
Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa hampir tiga jam.
A
A
A

GOPENG - Tiga termasuk dua kanak-kanak lelaki maut selepas treler dinaiki bersama terbabas dan terbalik di Jalan Kota Lama Bharu di sini, malam tadi.

Kejadian sekitar jam 10.20 malam itu membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun dan dua anaknya berusia 8 dan 6 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, ketiga-tiga mereka meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.

"Anggota mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kedudukan treler yang terbalik.

"Bantuan daripada jentera berat iaitu kren, jentolak dan excavator digunakan bagi mengeluarkan semua mangsa," katanya.

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota bomba dan dibantu agensi lain seperti polis dan petugas kesihatan.
Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota bomba dan dibantu agensi lain seperti polis dan petugas kesihatan.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng pada jam 10.28 malam membabitkan sebuah treler muatan simen.

"Operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira tiga jam. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.19 pagi tadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa telah diserah kepada polis dan dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!