'Bomoh' direman empat hari

Suspek (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Padang Terap untuk mendapatkan perintah reman hari ini
Suspek (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Padang Terap untuk mendapatkan perintah reman hari ini
A
A
A

KUALA NERANG - Seorang lelaki yang didakwa sebagai bomoh direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Padang Terap bermula hari ini.

Suspek yang berusia 50 tahun itu berjaya ditahan polis di persimpangan lampu isyarat Jalan Kebun 500 di Pokok Sena kira-kira jam 5 petang semalam.

Majistret Mohd Hadi Hakim Harun membenarkan tempoh reman tersebut bagi tujuan siasatan oleh polis.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan seorang kerani sebuah syarikat swasta dari Padang Sanai, Kuala Nerang mengalami kerugian RM45,000 selepas terpedaya dengan seorang bomoh pada September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 44 tahun itu didatangi bomoh berkenaan yang juga saudara rapatnya dan memberitahu ada makhluk halus jatuh atas bumbung rumah wanita tersebut pada hujung Januari lalu.

Menurutnya, pihak polis telah menerima lima laporan berhubung modus operandi serta suspek sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!