Tiada layanan istimewa buat Messi

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

BINTANG Barcelona, Lionel Messi tidak akan diberikan layanan istimewa apabila pasukan itu akan melakukan pemotongan gaji selepas menghadapi krisis kewangan akibat pandemik Covid-19.

Pemangku Presiden Barcelona, Carles Tusquets berkata, Messi tidak akan terkecuali dikenakan pemotongan tersebut sama seperti pemain yang lain.

"Saya rasa kami boleh mencapai persetujuan kerana pemain juga setuju untuk dipotong gaji. Kami tidak mahu ambil duit mereka, tetapi mahu melakukan pengubahsuaian untuk membolehkan kami membayar gaji mereka.

"Kami tidak akan memberikan pengecualian atau layanan istimewa kepada mana-mana pemain teramsuk Messi. Untuk perkara lain mungkin kami boleh pertimbangkan, tetapi bukan hal ini (gaji).

"Kami sedang berusaha menyelesaikan isu ini dengan semua staf dan pekerja dan kami akan pastikan semua berpuas hati dengan apa yang kami lakukan," katanya.

Menurutnya, pemotongan gaji itu juga dibuat berdasarkan kepada pemain dan staf di pasukan itu menerima gaji tertinggi dalam industri bola sepak dunia.

"Berdasarkan perkiraan, kami tahu bahawa kami akan kehilangan sumber pendapatan sekitar €300 juta (RM1.4 bilion) jika kami tidak dapat membuka stadium.

“Saya juga mengakui bahawa gaji di Barcelona adalah yang tertinggi di Eropah. Kami adalah pasukan yang membayar gaji tertinggi kepada pemain dan staf iaitu sekitar 70 peratus daripada pendapatan kesekuruhan pasukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!