Covid-19: Presiden Panama jalani kuarantin kendiri
MEXICO CITY - Presiden Panama Laurentino Cortizo melakukan kuarantin kendiri berikutan mempunyai kontak dengan pegawai pentadbirannya yang dijangkiti koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.
"Kami memaklumkan presiden republik, Laurentino Cortizo Cohen, tidak dapat hadir secara peribadi dalam majlis pada 3 dan 4 November kerana pegawai rapat pentadbiran presiden disahkan positif Covid-19," kata pejabat presiden di Twitter.
Pejabat itu mengatakan presiden telah mengambil ujian SOFIA dan PCR dan kedua-duanya negatif.
Bagaimanapun, Cortizo akan tetap menjalankan kuarantin kendiri selama beberapa hari sehingga keputusan ujian lain.
Menurut Kementerian Kesihatan Panama, sebanyak 134,915 kes Covid-19 telah disahkan, daripada jumlah itu pesakit seramai 19,630 manakala 2,720 meninggal dunia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!