PNHB, Peka rai golongan istimewa sempena Tahun baru Cina

Bee Lian beramah emsra dengan salah seorang penghuni rumah kebajikan tersebut.
Bee Lian beramah emsra dengan salah seorang penghuni rumah kebajikan tersebut.
A
A
A

KLANG - Seramai 81 anak-anak istimewa dari Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Cacat Klang (PPKKCK) Selangor diraikan dalam satu program di Pelabuhan Klang, di sini hari ini.

Program lawatan bersempena sambutan Tahun Baru Cina itu dianjurkan Persatuan Kakitangan Kumpulan Syarikat Puncak Niaga (Peka) dengan kerjasama Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB).

Pengarah Eksekutif Bahagian Perkhidmatan Korporat PNHB, Tan Bee Lian berkata, program inisiatif Peka ini merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) PNHB yang diadakan sempena perayaan-perayaan utama yang disambut oleh masyarakat Malaysia.

PNHB dan Peka ketika lawatan CSR mereka ke PPKKCK.
PNHB dan Peka ketika lawatan CSR mereka ke PPKKCK.

Beliau berkata, malah di PNHB terdapat pekerja berbilang kaum dan syarikat amat menekankan elemen toleransi kaum serta agama sebagai asas perpaduan dan kecemerlangan syarikat.

Katanya, maka program tersebut bukan sekadar lawatan tapi memberi peluang kepada pihaknya termasuk ahli-ahli Peka mendekati dan beramah mesra dengan penghuni rumah kebajikan terbabit.

"Ia juga untuk memupuk rasa keprihatinan dan kasih sayang di kalangan kakitangan terhadap golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan agama.

"Dengan kehadiran kami diharapkan dapat memberi sedikit keceriaan buat anak-anak istimewa khususnya yang berbangsa Cina untuk menyambut perayaan tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan media.

Artikel Berkaitan:

Danny beramah mesra dengan seorang anak istimewa ketika lawatan.
Danny beramah mesra dengan seorang anak istimewa ketika lawatan.

Turut hadir pada program, Pengarah Eksekutif Bahagian Kewangan Korporat, Danny Ng Wah Tar serta ahli-ahli Peka.

Bee Lian berkata, turut disampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada Pengerusi PPKKCK, N Morgun beserta hamper buat semua penghuni rumah kebajikan tersebut.

Difahamkan, PPKKCK mempunyai dua cawangan rumah kebajikan iaitu di Pelabuhan Klang (ibu pejabat) dan Taman Kota Pandamar melibatkan keseluruhan penghuni seramai 81 orang berumur antara tiga ke 47 tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!