Wanita buat aduan gara-gara suami botak
THANE - Seorang akauntan berkanun berusia 27 tahun nekad memfailkan aduan terhadap suaminya kerana mendakwa lelaki tersebut menipu dengan menyembunyikan kebenaran bahawa dia sebenarnya botak.
Jurucakap polis mengesahkan kes tersebut didaftarkan di bawah Seksyen 406 dan 500 Kanun Keseksaan India (IPC) di Balai Polis Naya Nagar di Thane.
Wanita itu mendakwa keluarga suaminya tidak mendedahkan dia sebenarnya berkepala botak.
Menerusi dokumen aduan itu, pengadu terbabit mendakwa suaminya telah memakai rambut palsu.
"Jika dia tahu suaminya botak, dia enggan berkahwin dengannya dua tahun lalu," jelas pegawai kanan di balai polis itu, Kailash Barve.
Menurut wanita itu, dia hanya tahu tentang suaminya berkepala botak sehari selepas mereka berkahwin.
Dia juga memaklumkan tentang perkara itu kepada iparnya, namun mereka hanya memberi respons ia bukan satu perkara yang serius.
Difahamkan, lelaki terbabit telah memfailkan petisyen di sebuah mahkamah di Thane yang meminta beliau menyerah diri kepada pihak berkuasa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!