Banjir kilat: Lelaki hilang dihanyutkan arus deras

Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Taman Happy, Jalan Rasah pagi ini.
Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Taman Happy, Jalan Rasah pagi ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki hilang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas air sungai melimpah di kawasan kediaman penduduk di Jalan Rasah, Taman Happy di sini akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Kejadian melibatkan banjir kilat berpunca daripada hujan lebat dan air sungai melimpah ke rumah penduduk," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Bomba berjaya menyelamat 20 mangsa dan seorang lelaki dipercayai telah dihanyutkan arus deras," katanya.

Menurutnya, pperasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan pagi ini anggota termasuk bomba bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Mantin dan Nilai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!