Mohamad Mentek mula tugas KSU KKMM
PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu, Datuk Seri Mohammad Mentek memulakan tugas rasminya di kementerian itu hari ini.
Beliau yang juga sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tiba di KKMM pada 8.30 pagi dan disambut pengurusan tertinggi kementerian dalam suasana norma baharu.
Mohammad kemudiannya mengimbas kad perakam waktu sebelum memasuki pejabatnya dan dijadualkan bertemu ketua jabatan KKMM bagi sesi perkenalan dan taklimat korporat kementerian serta ketua agensi di bawah KKMM.
Beliau akan melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.
Mohammad menggantikan Datuk Suriani Ahmad yang mula bertugas sebagai KSU MEDAC hari ni. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!