Ahli parlimen, petugas wajib saring Covid-19 setiap dua minggu
KUALA LUMPUR - Semua ahli Dewan Rakyat dan petugas diwajibkan menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) bagi setiap dua minggu.
Arahan terbaru itu sebagai usaha bagi memastikan keselamatan Dewan Rakyat susulan peningkatan Covid-19.
Pada 2 November lalu, Sinar Harian melaporkan tujuh individu yang sepatutnya bertugas di Parlimen dijangkiti Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, individu terbabit termasuk seorang polis bantuan dan isterinya serta seorang pembantu senator dan seorang petugas media.
ARTIKEL BERKAITAN: Parlimen: Tujuh disahkan positif Covid-19
Polis bantuan positif Covid-19 tidak bertugas di Parlimen
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!