Pesawat Japan Airlines tergelincir

Penumpang dibawa keluar dari pesawat terbabit di Lapangan Terbang Narita.
Penumpang dibawa keluar dari pesawat terbabit di Lapangan Terbang Narita.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Pesawat Japan Airlines dari New Delhi tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Narita pada Jumaat hingga menyebabkan penutupan hab utama di Tokyo itu.

Jurucakap lapangan terbang itu, Kazuhiko Morio memaklumkan kesemua 201 penumpang dan kru telah dibawa keluar dari Boeing 787 tersebut dan mereka tidak mengalami kecederaan serius.

Insiden itu memaksa lapangan itu menutup salah satu daripada dua landasannya selama sejam pada jam 7 pagi (waktu tempatan).

"Pesawat itu telah dipindahkan ke zon selamat," ujarnya.

Punca kejadian itu masih tidak diketahui, namun stesen penyiar NHK melaporkan salah satu daripada roda pesawat itu mungkin tergelincir akibat salji di landasan terbabit.

Sementara itu, agensi cuaca di negara itu meramalkan salji ringan melanda bahagian wilayah Kanto di timur Jepun termasuk sekitar Narita. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!