PKPD di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru tamat
LABUAN - Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ketika kerja-kerja pemotongan kawat duri yang dipasang pada laluan bot di bawah sebuah jambatan di lokaliti Saguking dan Sebor Baru, hari ini.
Majlis Keselamatan Negara bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kampung Saguking Laut dan Kampung Sebor Baru di Labuan, Sabah berikutan kes positif COVID-19 di kawasan itu didapati menurun dan terkawal.
Bagaimanapun, kedua-dua lokaliti tersebut masih tertakluk di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Labuan yang sedang berkuat kuasa hingga 13 November ini. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!