Bilik mandi, kolah air jalan terakhir selamatkan diri

Anjing pengesan turut digunakan bomba untuk mencari mangsa dalam lima rumah di Kampung Delek Kanan, Klang. - FOTO ROSLI TALIB
Anjing pengesan turut digunakan bomba untuk mencari mangsa dalam lima rumah di Kampung Delek Kanan, Klang. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

KLANG - Empat mangsa mati yang ditemukan dalam bilik mandi dipercayai menjadikan ruang itu sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan diri selepas rumah diduduki mereka di Kampung Delek Kanan di sini terbakar awal pagi tadi.

Ubaidilah Ayob, 48, juga seorang warga Kemboja terendam dalam kolah air di sebuah rumah, manakala tiga lagi mangsa berada di dalam bilik air kediaman sebelah ketika ditemukan pasukan bomba selepas berjaya mengawal kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Norazam Khamis berkata, Ubaidilah ialah mangsa pertama ditemukan dalam keadaan terendam di dalam kolah, manakala tiga individu di bilik mandi dalam rumah kedua.

"Tiga individu itu iaitu seorang penjual pakaian dikenali Fauzi Daut, 44, dan isterinya warga Kemboja, Sarimah Yusuf 37, bersama kakak iparnya Fauziah, 50.

"Mayat anak saudaranya Mohd Amirudin Ali berusia 12 tahun pula kita jumpa di luar bilik mandi dalam keadaan rentung," katanya.

Lima maut termasuk seorang kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Delek Kanan, Klang kira-kira jam 3.30 pagi. - FOTO ROSLI TALIB
Lima maut termasuk seorang kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Delek Kanan, Klang kira-kira jam 3.30 pagi. - FOTO ROSLI TALIB

Menurutnya, bomba percaya mangsa gagal mencari perlindungan dan menjadikan bilik mandi sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan diri selepas mendapati pintu belakang rumah terkunci.

"Rumah yang dibina pada tahun 1994 ini tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti tiada dinding pemisah yang mungkin menyebabkan api marak dengan cepat.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran disyaki bermula dari rumah yang diduduki Ubaidilah, namun penghuni di tiga buah rumah bersebelahan lain sempat menyelamatkan diri," katanya.

Anggota forensik bomba melakukan siasatan di salah sebuah rumah terbakar di Kampung Delek Kanan, Klang. - FOTO ROSLI TALIB
Anggota forensik bomba melakukan siasatan di salah sebuah rumah terbakar di Kampung Delek Kanan, Klang. - FOTO ROSLI TALIB

Sementara itu, seorang saksi, Malik Ismail, 38, berkata, kebakaran itu disedarinya selepas mendengar jiran menjerit dan mengetuk pintu rumah supaya menyelamatkan diri kira-kira jam 3.40 pagi.

"Saya buka cermin tingkap bilik dan tengok api sudah marak. Saya bersama empat kawan cepat-cepat selamatkan diri.

"Saya tinggal bersebelahan dengan rumah empat sekeluarga yang maut. Saya selalu berjumpa dengan Fauzi dan isterinya itu dan kali terakhir berjumpa mereka pada petang semalam," katanya.

Seorang lagi saksi, Abd Rahman Ahmad, 53, berkata, dia terdengar tiga kali letupan kira-kira jam 3.30 pagi.

"Saya membuka pintu rumah dan ternampak api sedang marak manakala jiran yang lain menjerit supaya menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Lima maut termasuk seorang kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Delek Kanan, Klang kira-kira jam 3.30 pagi. - FOTO ROSLI TALIB
Lima maut termasuk seorang kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Delek Kanan, Klang kira-kira jam 3.30 pagi. - FOTO ROSLI TALIB

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki rentung manakala empat yang lain mati dipercayai akibat lemas terhidu asap tebal dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah di Kampung Delek Kanan di sini hari ini.

Bomba yang menerima panggilan pada jam 3.56 pagi bergegas ke lokasi dan mendapati sederet lima rumah setingkat berkeluasan 100 x 20 terbakar, namun api marak itu berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran 5 rumah: Kanak-kanak rentung antara 5 maut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!