Trump mahu Mahkamah Agong semak proses pilihan raya
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berikrar akan meminta penglibatan Mahkamah Agong dalam mempertimbang dan menyemak keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2020 yang disifatkan tidak konklusif.
Media antarabangsa, The Associated Press sehingga kini masih belum mengumumkan pemenang bagi pemilihan Presiden AS.
Dalam ucapannya, di Rumah Putih pada awal pagi Rabu (waktu tempatan), Trump meluahkan kekesalan di atas keputusan pilihan raya yang tidak lengkap dan menyifatkan proses itu sebagai 'penipuan terbesar berlaku di negara AS'.
Malam hari pengundian pilihan raya itu berakhir dengan ratusan ribu undi masih sedang dalam proses pengiraan, dengan hasil keputusan di beberapa negeri penting diperlukan Trump sekiranya mahu menewaskan calon parti Demokrat, Joe Biden, masih samar.
"Kita akan merujuk perkara ini kepada Mahkamah Agong AS - kami mahu semua proses pengundian dihentikan. Sepatutnya, sudah tidak ada aktiviti mengundi, hanya pengiraan undi sahaja," kata Trump. -CNA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!