Guardiola puji impak Torres

Torres menyumbang satu gol bagi membantu kemenangan City ke atas Olympiacos di Etihad awal pagi tadi.
Torres menyumbang satu gol bagi membantu kemenangan City ke atas Olympiacos di Etihad awal pagi tadi.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola memuji impak penyerang mudanya, Ferran Torres yang beraksi cemerlang ketika membantu pasukan menundukkan Olympiacos 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara di Etihad awal pagi tadi.

Menurutnya, keupayaan Torres mengisi posisi penyerang utama itu layak diberikan pujian selain turut meledak satu gol dalam perlawanan tersebut.

"Dia bermain dengan sangat baik hari ini.Gol yang cantik, pergerakan yang baik dan sudah tentu ini menjadi pengalaman berguna untuknya. Dia sudah berjaya jaringkan gol dan sudah tentu saya gembira dengan prestasinya.

"Peranan yang dimainkannya cukup besar kerana perlu mengisi kekosongan ditinggalkan Sergio Aguero tetapi dia tidak gugup dan mempamerkan persembahan luar biasa," katanya.

Torres membuka tirai jaringan pada minit ke-12, sebelum Gabriel Jesus menggandakan kedudukan pada minit ke-81 dan Joao Cancelo meledak gol ketika pada penghujung perlawanan untuk kemenangan bergaya City.

Dalam masa sama, Gaurdiola turut berasa lega dengan kepulangan semula penyerangnya, Jesus yang sebelum ini terpaksa berehat akibat kecederaan.

"Jesus kembali dengan baik menjaringkan gol. Sudah tentu ia sangat penting dan berita gembira buat kami. Dia tidak nampak kekok untuk beraksi walaupun sebelum ini mengalami kecederaan," katanya.

Mengulas mengenai pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan Liverpool Isnin ini, Guardiola akan menggunakan tempoh rehat yang ada untuk membaiki beberapa kelemahan dan bersedia sepenuhnya menentang penyandang juara EPL itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya akan memberi rehat sehari kepada pemain dan selepas itu kami akan melakukan persediaan. Ia masa yang sesuai untuk menikmati kemenangan dan cuba mendaki kedudukan liga," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!