Murid Tahun Empat lemas di sungai

Mangsa ditemui lemas dalam sungai berhampiran sebuah resort di Kampung Ulu Kalong Hulu Yam Bharu hari ini.
Mangsa ditemui lemas dalam sungai berhampiran sebuah resort di Kampung Ulu Kalong Hulu Yam Bharu hari ini.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Seorang murid Tahun Empat ditemui lemas dalam sungai berhampiran sebuah resort di Kampung Ulu Kalong Hulu Yam Bharu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, mangsa, Qistina Balqis Mohamad, 10, ditemui lemas ketika singgah ke resort itu bersama ibu dan dua beradiknya serta rakan selepas mengayuh basikal.

Bagaimanapun, katanya, ibu mangsa berusia 39 tahun kemudian pulang ke rumah untuk menghantar salah seorang anak perempuannya yang mengadu sakit perut.

"Semasa ibu mangsa tiba semula ke tempat tersebut, dia diberitahu anak perempuannya telah lemas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Arshad berkata, berdasarkan keterangan ibu mangsa, dia bersama tiga anak serta lapan rakan anaknya pergi ke Kampung Ulu Kalong untuk mengayuh basikal di kawasan itu jam 9.20 pagi tadi.

Katanya, pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

"Jenazah mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!