Kerajaan PN memang mahu mandat baharu rakyat: PM

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sememangnya berharap untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat melalui pilihan raya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pilihan raya umum boleh dibuat sekiranya isu berkaitan pandemik koronavirus (Covid-19) dan usaha pemulihan ekonomi negara dapat diselesaikan.

“Jika dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan kita mendapat satu mandat baharu.

“Kita pergi kepada rakyat dan mohon rakyat pertimbangkan. Kalau mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional ini bagus dan prihatin terhadap masalah mereka... mereka akan hargai usaha kita,” katanya pada sidang media khas secara maya bersama Bernama dan stesen-stesen televisyen tempatan.

“Bila Covid-19 selesai, ekonomi rancak, terserahlah, kita berdoa pada ALLAH agar negara kita kembali pada landasan yang betul dalam satu tempoh yang tidak terlalu lama,” kata Muhyiddin.

Bagaimanapun, ketika mengulas mengenai dakwaan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini satu belanjawan pilihan raya, Muhyiddin berkata: “Bila pilihan raya. Saya sendiri tidak tahu.”

“Pilihan raya ke bukan pilihan raya, kita tetap akan bantu rakyat... bela nasib rakyat,” kata Perdana Menteri.

Muhyiddin berkata, kerajaan PN memang sentiasa berusaha dan mahu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat serta keadaan ekonomi yang tidak serancak diharapkan.

Artikel Berkaitan:

“Baru landaikan keluk Covid-19, gelombang ketiga pula datang,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin pernah membayangkan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas Pilihan Raya Negeri Sabah. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!