Tertekan pedal minyak, kereta rempuh bank
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata kejadian berlaku apabila pemandu berusia 78 tahun secara tiba-tiba tertekan pedal minyak ketika hendak memasuki kawasan parkir.
Katanya, pemandu terbabit telah hilang kawalan lalu terlanggar cermin pintu masuk permis bank itu.
"Akibat perlanggaran itu seorang pengawal keselamatan dan seorang orang awam telah mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kulai.
"Pemandu kenderaan tidak mengalami apa- apa kecederaan. Kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!