Operator kilang maut motosikal dilanggar lori

Keadaan lokasi kemalangan melibatkan motosikal dan lori di Kilometer 3,Jalan Pelak-Belimbing yang meragut nyawa penunggang pagi tadi.
Foto: Polis Pekan
Keadaan lokasi kemalangan melibatkan motosikal dan lori di Kilometer 3,Jalan Pelak-Belimbing yang meragut nyawa penunggang pagi tadi. Foto: Polis Pekan
A
A
A

PEKAN - Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 3, Jalan Pelak-Belimbing di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa, Muhammad Zulfiqrie Ismail, 24, dari Felda Keratong 10, Muadzam Shah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, pemandu lori berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika lori jenis Isuzu tanpa muatan itu dalam perjalanan dari arah Kampung Belimbing menghala ke Temai di sini.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, lori itu hilang kawalan dan berpusing sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal mangsa yang berada di laluan tersebut.

"Akibat kejadian, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,"katanya.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku dalam keadaan cuaca hujan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!