Dua anggota polis dipenjara kerana perkosa pelancong
PARIS - PERANCIS. Sebuah mahkamah di Perancis, semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas dua anggota polis atas kesalahan memperkosa seorang pelancong Kanada di ibu pejabat polis di ibu negara.
Nicolas Redouane, 49, dan Antoine Quirin, 40, bagaimanapun menafikan tuduhan dibuat mangsa, Emily Spanton, 39, dan menyatakan hubungan seks dilakukan tanpa paksaan.
Hukuman itu diputuskan berdasarkan bukti saintifik dan teknikal dikemukakan mangsa.
Kedua-dua mereka turut diarahkan membayar ganti rugi 20,000 euro (RM93,707) kepada mangsa.
Spanton dilaporkan bertemu dengan mereka pada malam 22 April 2014 di sebuah bar berhampiran ibu pejabat polis di 36 Quai des Orfevres.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!