Zambry takut dedah perkara sebenar

Nga Kor Ming
Nga Kor Ming
A
A
A

IPOH - Keengganan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjawab soalan pada sesi pendengaran awam PAC, semalam, sangat dikesali.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, Zambry sepatutnya menjawab semua soalan yang dikemukan pada sesi pendengaran awam berkenaan.

“Memang tidak ada mana-mana peruntukan yang menghalang PAC untuk buat sidang pendengaran terbuka.

“Lagipun, pengerusi PAC telah diberikan kuasa oleh Dun. Oleh itu, tak boleh kata tak datang kerana tak setuju dengan prosedur atau sebagainya.

“Oleh itu, jelas Zambry berikan alasan sahaja untuk elak dedahkan perkara sebenar pada sesi pendengaran berkenaan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sementara itu, Kor Ming menyifatkan sebagai seorang ahli Dun, Zambry memang terikat kepada sebarang keputusan yang dibuat.

Malah katanya, Zambry patut menjawab semua soalan yang diberikan pada sesi pendengaran berkenaan.

“Semua orang nampak, dia enggan jawab dengan berikan macam-macam alasan pada sesi pendengaran berkenaan.

“Tak boleh bohong, kena jawab dengan betul pada sesi berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!