Real lega sambar tiga mata berharga

Barisan pemain Real Madrid meraikan kejayaan menewaskan Inter Milan awal pagi semalam.
Barisan pemain Real Madrid meraikan kejayaan menewaskan Inter Milan awal pagi semalam.
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui pasukannya terpaksa bergelut sebelum dapat mencipta kemenangan 3-2 ke atas Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Menurutnya, para pemainnya kelihatan hilang punca apabila telah mendahului dan membiarkan lawan menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

"Setiap perlawanan Liga Juara-Juara pasti ada tekanan apatah lagi bermain menentang pasukan yang hebat seperti Inter. Mereka berjaya menghukum kealpaan kami sehingga dapat menjaringkan gol penyamaan.

"Kami memperkemaskan kembali rentak selepas itu, dan ternyata pemain tidak mudah kecundang sekali gus kami berjaya meraih kemenangan ini.

"Ia tidak mudah kerana pada satu ketika, kami gagal bermain dengan strategi yang kami mahu. Tetapi, saya puas dengan persembahan pemain dan tiga mata berharga ini," katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Estadio Alfredo Di Stefano itu, Real terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Karim Benzema pada minit ke-25 menit 25 dan Sergio Ramos di minit ke-33 sebelum jurang dirapatkan penyerang Inter, Lautaro Martinez dua minit kemudian.

Di babak kedua Inter menyamakan kedudukan menerusi Ivan Perisic pada minit ke-68, bagaimanapun, Rodrygo muncul hero Real dengan gol kemenangan 10 minit sebelum perlawanan berakhir.

Sementara itu, penyerang Inter, Martinez kecewa dengan kekalahan tersebut selepas menyfifatkan pasukannya itu telah memberikan segalanya untuk memenangi perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa sangat kecewa. Kami sudah melakukan segalanya untuk memenangi perlawanan ini. Kami menekan mereka sehingga mereka hilang punca selain kami juga mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!