Biden atasi Trump di Michigan
ANKARA- Calon Demokrat Joe Biden mendahului Presiden Donald Trump di negara penting Michigan pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2020, lapor Agensi Anadolu (AA) menurut tinjauan terbaru pada Rabu.
Biden memperoleh 49.5 peratus undi berbanding Trump 48.9 peratus, menurut The Associated Press pada 11.42 pagi waktu tempatan (1637GMT). Di Wolverine yang mempunyai 16 undi elektoral, 96 peratus undi dilaporkan sudah dikira.
Bagaimanapun, Biden dan Trump saling bersaing rapat di beberapa kawasan utama lain. Di Georgia, Carolina Utara, Pennsylvania dan Alaska, Trump masih berada di depan, sementara Biden mendahului di Wisconsin dan Nevada.
Pada 2016, Trump memenangi Michigan dengan hampir 11,000 undi menewaskan Hillary Clinton. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!