Amat pelik keputusan tiba-tiba memihak Demokrat: Trump

TRUMP
TRUMP
A
A
A

MOSCOW- Presiden Donald Trump berkata, beliau 'pelik' mengapa negeri utama yang ditadbir Parti Demokrat, tiba-tiba bertukar menjadi biru, meskipun sehari sebelum itu ramalan menunjukkan kemenangan besar Republikan, lapor agensi berita Sputnik.

"Malam tadi saya di depan, kebiasaannya begitu selesa, di banyak negeri utama, di hampir semua negeri yang ditadbir dan dikuasai Demokrat.

"Kemudian ajaibnya, satu demi satu ia hilang ketika peti undi baharu dikira. Amat pelik dan ramalan meleset sepenuhnya dan silap teruk," tulis Trump di Twitter.

Michigan menjadi negeri terbaru yang mencetuskan kejutan apabila kedudukan berubah memihak kepada calon Demokrat, Joe Biden, meskipun kiraan undi belum berakhir.

Menurut Fox News, Biden kini di depan dengan 49.4 peratus berbanding 49.1 peratus diraih Trump, dengan 95 peratus undi sudah dikira. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!