Kumpulan Suria KLCC rai pengunjung sempena Deepavali

Dekorasi kolam unik menyemarakkan lagi semangat Deepavali di Suria KLCC.
Dekorasi kolam unik menyemarakkan lagi semangat Deepavali di Suria KLCC.
A
A
A

DI sebalik keadaan yang sukar impak daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19), kesemua pusat membeli-belah di bawah Kumpulan Suria KLCC bertekad untuk meneruskan tradisi perayaan Deepavali bagi mendorong orang ramai terus membina harapan dan cekal dalam mengharungi situasi mencabar kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, pihaknya memahami bahawa banyak kawasan di Lembah Klang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ia tidak menghalang Kumpulan Suria KLCC untuk meraikan para pengunjungnya.

Menurutnya, Kumpulan Suria KLCC iaitu Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall akan menampilkan dekorasi kolam unik untuk menyemarakkan semangat Deepavali.

"Suasana Deepavali yang meriah dapat dirasakan dengan hiasan kolam yang indah di pintu-pintu masuk utama Suria KLCC, ucapan perayaan di skrin digital dan di seluruh pusat membeli-belah serta hiasan berwarna-warni dipamerkan di Center Court, Ampang dan Ramlee Mall.

"Usaha kami tidak hanya terhenti di Suria KLCC, di mana sambutan perayaan Deepavali juga diraikan di Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu. Ikuti kami di media sosial untuk terus mengetahui perkembangan aktiviti dan pelbagai kempen menarik yang bakal kami lancarkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pada sambutan Deepavali yang bakal kunjung tiba kali ini, pembeli akan menerima ganjaran melalui pelbagai cara dan pengunjung yang berbelanja RM400 atau lebih dengan rekod dua resit di mana-mana kedai terpilih dari 6 hingga 15 November layak menebus ‘Deepavali Snack Jar’ yang terhad kepada satu penukaran untuk setiap pembeli pada setiap hari, sementara stok masih ada.

Sementara itu katanya, pembeli yang berkunjung ke Suria KLCC pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dalam tempoh sambutan kali ini berpeluang untuk dipilih secara rawak bagi menerima sepasang sarung bantal eksklusif.

"Di Alamanda pula, mereka yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 dalam tidak lebih dari tiga resit melalui pembelian di mana-mana kedai yang terpilih berpeluang menebus set lilin wangi dari Body Shop dan dua tisu pembersih," katanya.

Artikel Berkaitan:

Andrew berkata, mereka yang berkunjung pada hari bekerja (Isnin hingga Khamis, tidak termasuk cuti umum) juga akan menerima baucar tunai F&B tambahan bernilai RM5 bersama dengan set lilin wangi, sementara stok masih ada.

Katanya, pembeli yang membuat penebusan semasa tempoh kempen Deepavali masih layak untuk mengambil bahagian dalam kempen Jom Masyukk yang kini berlangsung dan akan berakhir pada 12 November 2020.

"Tidak lupa Mesra Mall di Terengganu juga akan menampilkan hiasan Deepavali sejajar dengan meraikan keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!