Lori terbalik punca lebuh raya sesak lebih 10km

Kemalangan tersebut menyebabkan lori terbalik merentangi jalan dan berlaku tumpahan minyak di atas lebuh raya. Kemalangan yang berlaku pada jam 4.40 pagi itu membabitkan kereta jenis Proton Waja dan lori yang membawa muatan minyak pelincir.
Kemalangan tersebut menyebabkan lori terbalik merentangi jalan dan berlaku tumpahan minyak di atas lebuh raya. Kemalangan yang berlaku pada jam 4.40 pagi itu membabitkan kereta jenis Proton Waja dan lori yang membawa muatan minyak pelincir.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Laluan di Kilometer 161.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Plaza Tol Jawi, sesak lebih 10 kilometer berikutan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan awal pagi tadi.

Kemalangan yang berlaku pada jam 4.40 pagi itu membabitkan kereta jenis Proton Waja dan lori yang membawa muatan minyak pelincir.

Difahamkan, akibat kemalangan tersebut menyebabkan lori terbalik merentangi jalan dan berlaku tumpahan minyak di atas lebuh raya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pemandu lori, kelindan dan pemandu kereta mengalami cedera ringan telah dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, dua pasukan dari Balai Bomba Nibong Tebal dan Perai ke lokasi berkenaan bagi melakukan kerja-kerja membersih sisa tumpahan minyak.

"Kita menggunakan jentera water tanker yang dibawa dari Balai Bomba Perai untuk melakukan kerja-kerja pembersihan minyak.

"Operasi berkenaan selesai pada jam 7.44 pagi namun kesesakan trafik masih dilaporkan berlaku di lebuh raya berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, kesesakan turut berlaku di sekitar kawasan Jawi dan Nibong Tebal akibat kemalangan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!