Industri sawit negara tidak terkesan dengan boikot AS

Industri sawit negara tidak menerima kesan signifikan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat produk sawit Malaysia baru-baru ini. Gambar kecil:Mohd Khairuddin Aman Razali
Industri sawit negara tidak menerima kesan signifikan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat produk sawit Malaysia baru-baru ini. Gambar kecil:Mohd Khairuddin Aman Razali
A
A
A

KUALA LUMPUR - Industri sawit negara tidak menerima kesan signifikan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat produk sawit Malaysia baru-baru ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana Felda Global Ventures (FGV) hanya mengeksport 40 tan sahaja minyak sawit ke negara berkenan.

"Eksport produk sawit Malaysia ke AS secara amnya tidak menghadapi sebarang masalah kecuali sekatan dagangan yang dikenakan ke atas produk sawit negara keluaran syarikat FGV bermula 1 Oktober 2020.

"Selain itu, eksport minyak sawit Malaysia ke Amerika Syarikat antara Mei hingga September adalah sebanyak 292,940 tan dan 292,011 tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2019," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai sejauh manakah tindakan AS memboikot produk sawit keluaran FGV memberi kesan terhadap import produk sawit Malaysia bagi tahun ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak di ladang sawit yang dijadikan alasan AS untuk memboikot produk sawit Malaysia juga bukan sesuatu perkara baharu.

Tegasnya, undang-undang Malaysia secara jelas tidak membenarkan sebarang bentuk penyeksaan, penindasan, keganasan fizikal dan seksual terhadap mana-mana pekerja di semua sektor di Malaysia.

"Kerajaan sememangnya amat menitikberatkan prinsip keadilan dan sosial pekerja dengan penguatkuasaan undang-undang perburuhan dan juga akta yang menjaga kebajikan pekerja.

Artikel Berkaitan:

"Isu teknikal seperti tindakan majikan menyimpan pasport, pekerja membawa bersama anak ke ladang kerana tiada penjaga di rumah perlu diperjelaskan kepada pihak syarikat yang mana ia adalah termasuk dalam salah satu elemen buruh paksa yang mungkin tidak disedari oleh pihak syarikat sendiri," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!