Biden rapatkan jurang dengan Trump
WASHINGTON - Calon Demokrat, Joe Biden mengejar rapat Presiden Donald Trump di Pennsylvania selepas 89 peratus undian dikira, lapor agensi berita Sputnik.
Keputusan Fox News menunjukkan pada Rabu malam Biden merapatkan jurang dengan Trump yang mempunyai kelebihan 50.9 - 47.9 peratus.
Sebanyak 20 undi elektoral Pennsylvania boleh menjadi penentu, yang dimenangi Trump dengan 44,000 undi pada 2016. Pennsylvania mempunyai dua kumpulan besar, Philadelphia dan Pittsburgh, dengan pelbagai populasi yang menyokong Demokrat dan kawasan kelas pekerja kulit putih pinggir bandar yang pernah menjadi kawasan Trump. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!