Polis bongkar makmal proses dadah dalam ladang kelapa sawit

Razarudin menunjukkan wang tunai dan barang kemas yang dirampas.
Razarudin menunjukkan wang tunai dan barang kemas yang dirampas.
A
A
A

TAPAH - Polis berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang menjadikan kawasan ladang kelapa sawit sebagai makmal mini di Chenderiang di sini semalam.

Operasi khas yang dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) itu telah merampas 37.2 kilogram dadah dan pelbagai aset dengan nilai keseluruhan RM2.12 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, seramai 10 lelaki termasuk seorang warga Myanmar berusia 17 hingga 45 tahun ditahan dalam lima serbuan sekitar Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, sindiket terbabit didapati aktif sejak Mei lalu dengan menjadikan kawasan terpencil sebagai lokasi memproses dadah berkenaan bagi mengelak dihidu oleh pihak berkuasa.

"Sindiket ini hanya beroperasi di bawah khemah kanvas biru dengan lima peralatan dapur dalam ladang tersebut. Ketika memasak dadah, suspek akan memakai topeng muka.

Razarudin (tengah) mengadakan sidang akhbar berkaitan kejayaan menumpaskan makmal memproses dadah di Chenderiang, Tapah semalam.
Razarudin (tengah) mengadakan sidang akhbar berkaitan kejayaan menumpaskan makmal memproses dadah di Chenderiang, Tapah semalam.

"Modus operandi sindiket ini didapati pemprosesan dadah berkenaan dilakukan mengikut permintaan dan diproses di Perak untuk dipasarkan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.

Razarudin berkata, kesemua dadah yang dirampas bernilai RM1.6 juta itu boleh dibekalkan kepada 186,000 penagih.

Artikel Berkaitan:

"Kita turut merampas tujuh kenderaan termasuk sebuah motosikal, tiga utas jam tangan mewah berjenama Ferrari Pilota, Seiko Premier dan Titus dan pelbagai barang kemas bernilai RM50,000.

"Polis turut merampas wang tunai campur-campur berjumlah RM115,490 hasil kegiatan tersebut," katanya.

Razarudin menunjukkan gambar keadaan makmal yang dibina dalam ladang kelapa sawit di Chenderiang, Tapah.
Razarudin menunjukkan gambar keadaan makmal yang dibina dalam ladang kelapa sawit di Chenderiang, Tapah.

Katanya, pihaknya sedang mengenalpasti pemilik ladang tersebut bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah dan seorang lagi didapati positif dadah jenis tetrahydrocannibol (THC).

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!