Pelbagai jenis rokok, arak bernilai RM150,000 dirampas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MIRI - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis arak serta rokok dipercayai diseludup di sebuah premis perniagaan di Desa Indah 3, jam 3 petang Rabu lepas.

Timbalan Komander PGA Briged Sarawak, Asisten Komisioner Mohd Saleh Mohd Hussain berkata, sewaktu serbuan dilakukan, tiada pemilik atau pekerja berada di premis berkenaan dan tiga bilik di dalam premis yang dijadikan tempat penyimpanan barangan tersebut telah diperiksa.

"Hasil pemeriksaan menemui 3,021 karton pelbagai jenis rokok dan 722 kotak yang mengandungi 16,492 tin minuman keras," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua barangan yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Miri.

"Setakat ini masih belum ada tangkapan individu," katanya sambil menambah, serbuan tersebut dilakukan oleh Batalion 12 PGA Miri bersama tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!