Strategi Trump ganggu kiraan undi: Biden
WASHINGTON- Strategi kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengemukakan tuntutan mahkamah yang bertujuan mengganggu proses pengiraan undi dilihat sia-sia, lapor Agensi Sputnik.
Penasihat kempen Joe Biden, Bob Bauer, dalam satu taklimat semalam, berkata strategi mengganggu proses pengiraan sepertinya menuju kegagalan kerana penjumlahan undi tidak akan berhenti.
Sementara itu pengurus kempen, Jen O'Malley Dillon, berkata Biden, calon presiden Demokrat yang juga bekas naib presiden AS, berada di landasan betul untuk memenangi persaingan di Nevada.
"Di Nevada, Naib Presiden (Joe Biden) mendahului dengan kira-kira 8,000 undi dan data kami menunjukkan kami akan menang di sini," kata O'Malley.
Kempen Biden yakin negeri-negeri lain yang menyaksikan saingan sengit termasuk Arizona, Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, mungkin akan berada dalam genggaman Biden, kata O'Malley.
Biden kini mempunyai 253 daripada blok 538 undi membabitkan 50 negara di AS manakala Trump memiliki 214 undi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!