Taufan Eta landa Amerika Tengah, ragut 18 nyawa
TEGUCIGALPA- Taufan Eta membadai Amerika Tengah hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang penduduk.
Taufan berserta hujan lebat itu mengakibatkan paras banjir meningkat di Nicaragua, Honduras dan Guatemala.
Ribuan penduduk dilaporkan kehilangan tempat tinggal dan berdepan risiko tanah runtuh.
Panama adalah negara terbaru turut terjejas akibat taufan Eta yang meranapkan dua rumah di wilayah Chiriqui di sempadan Costa Rica, menurut Sistem Perlindungan Kebangsaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!