Presiden UMANY disiasat di bawah Akta Hasutan
KAJANG – Polis menjalankan siasatan terhadap Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Yap Wen Qing mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan kontroversi mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Wen Qing telah dipanggil untuk memberi keterangan bersabit siasatan yang diklasifikasikan di bawah Akta Hasutan 1948 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kes masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Semalam, Wen Aung bersama Naib Presiden, Tan Li Yuan telah disoal siasat selama dua jam setengah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Mereka hadir di IPD Kajang kira-kira jam 2 petang bersama dua peguam, Rajsurian Pillai dan Wan Guai Hui sebelum keluar sekitar jam 4.45 petang.
Rajsurian berkata, pegawai penyiasat polis mengambil keterangan kedua-dua anak guamnya dengan penuh profesional serta teratur.
“Kedua-dua anak guam menerima panggilan dua tiga hari lepas supaya hadir ke IPD Kajang untuk membantu siasatan kes ini.
"Pada awalnya ia disiasat di bawah Seksyen 5050 Kanun Keseksaan sebelum ditukar kepada Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: UM siasat hantaran FB UMANY pertikai kuasa Agong
Pertikai kuasa Agong, UMANY digesa mohon maaf
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!