Dua LRA mungkin ditutup akibat pencemaran minyak sawit

Lori muatan minyak sawit yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS, pagi tadi. - Foto Ihsan FB LUAS
Lori muatan minyak sawit yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS, pagi tadi. - Foto Ihsan FB LUAS
A
A
A

HULU LANGAT - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Labu dan Salak Tinggi berkemungkinan akan dihenti tugas susulan kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori muatan minyak sawit di KM 276.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, hari ini.

Difahamkan, kejadian pada jam 7.40 pagi itu menyebabkan muatan minyak sawit berkenaan telah mengalir memasuki longkang di lebuh raya terbabit.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kemas kini di laman Facebook sebentar tadi berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh PLUS berhubung kejadian terbabit dan maklumat awal diperoleh menunjukkan bahan cemar berkenaan akan memasuki Sungai Jerangkang seterusnya ke Sungai Batang Labu.

"Jarak dari punca pencemaran ke LRA Sungai Labu adalah dalam anggaran 10.7 kilometer manakala LRA Salak Tinggi pula 15.68 kilometer," katanya.

Sebelum ini, penduduk Selangor telah beberapa kali berdepan isu gangguan bekalan air susulan daripada henti tugas LRA berikutan insiden pencemaran yang berlaku di sumber air mentah.

Mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, LUAS berkata, pihaknya bersama agensi berkaitan sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera bagi menangani permasalahan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!