Kantoi lelong uranium di internet

Sesi lelongan tersebut dihentikan selepas kes tersebut dirujuk kepada polis.
Sesi lelongan tersebut dihentikan selepas kes tersebut dirujuk kepada polis.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Polis Jepun menyiasat bagaimana bahan yang dipercayai uranium telah ditawarkan dalam sesi lelongan dalam talian.

Jurucakapnya memaklumkan penjual dan beberapa pembida telah disoal siasat.

Produk tersebut dibungkus dalam tiub gelas dan ditawarkan sebagai Uranium 99.9 % di Yahoo.

Agensi berita Kyodo melaporkan ujian pertama dijalankan ke atas serbuk itu mendapati ia adalah radioaktif dan penjualnya mendakwa ia dibeli di sebuah laman web di luar Jepun.

Ia tidak disahkan sama ada bahan itu adalah uranium dan sama ada ia diperkaya.

Jualan bahan api nuklear dilarang di Jepun dan boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun jika disabit bersalah. - BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!