Tiada peruntukan khusus urus sampah di kampung

Kerajaan Selangor tidak memperuntukkan kewangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menguruskan sampah di kawasan kampung. Gambar kecil: Ng Sze Han
Kerajaan Selangor tidak memperuntukkan kewangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menguruskan sampah di kawasan kampung. Gambar kecil: Ng Sze Han
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor tidak memperuntukkan kewangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menguruskan sampah di kawasan kampung.

Exco Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, bagaimanapun kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan kewangan kepada PBT berstatus Majlis Daerah khususnya yang mempunyai sumber kewangan terhad.

"Langkah ini diambil bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan rakyat di kawasan luar bandar seperti Kampung Tradisi dan Kampung Baharu/ Bagan/Tersusun.

"Pihak PBT tersebut perlu mengemukakan permohonan serta maklumat yang diperlukan kepada kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Edry Faizal Eddy Yusoff (PH-Dusun Tua) berhubung peruntukan RM6.85 juta oleh kerajaan negeri kepada PBT bagi pengurusan sisa pepejal kawasan kampung yang dibelanjakan dalam sesi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, setelah kerajaan negeri memberi kelulusan, pihak PBT akan mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) yang diperoleh dan kerajaan negeri akan menyediakan bantuan kewangan tersebut kepada PBT berdasarkan nilai kontrak.

"Penyaluran bantuan kewangan tersebut akan dilaksanakan secara 'direct grant'," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!