Agong ucap tahniah Zyson menang kejohanan anjuran NASA

Tangkap layar hantaran di Facebook Istana Negara hari ini.
Tangkap layar hantaran di Facebook Istana Negara hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pin Hwa 1, Zyson Kang Zy Shun atas kejayaan memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge.

Murid berusia sembilan tahun dari sekolah di Setia Alam, Selangor itu menang bagi kategori bawah 11 tahun dalam kejohanan anjuran Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) yang merancang misi ke bulan pada 2024.

Hasil ciptaan Zyson iaitu Spacesuit Lunar Toilet memudahkan angkasawan untuk membuang air sewaktu berada di dalam kapal angkasa, telah menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Zyson yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Seri Paduka Baginda berharap semoga pencapaian hebat murid itu menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat untuk bekerja keras serta memberi yang terbaik.

"Berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia," kata kenyataan tersebut.

Ciptaan unik murid itu tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri tetapi hanya menggunakan tenaga kinetik daripada gerakan sekali gus mengurangkan risiko rosak pada alat berkenaan.

Alat tersebut menggunakan picagari yang dilekatkan pada kaki angkasawan untuk mengawal tekanan dalam saluran tiub bagi membawa cecair bahan buangan ke dalam kantung hidrogel dan menukarkannya menjadi pepejal.

Artikel Berkaitan:

6 November 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Zyson Kang Zy Shun, murid sekolah rendah berumur 9 tahun dari SJK(C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor, atas kejayaan beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge (Kategori bawah 11 tahun) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA). Ciptaan beliau, Spacesuit Lunar Toilet, telah menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia. Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan Zyson yang sekali gus turut membanggakan rakyat Malaysia dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga pencapaian hebat beliau menjadi sumber inspirasi dan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bekerja keras dan memberi yang terbaik serta berusaha mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing di dalam negara mahupun di persada dunia. Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Zyson dan mendoakan semoga beliau sentiasa dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan serta terus menyumbang kepada negara. Zyson memenangi pertandingan tersebut dengan ciptaannya yang memudahkan angkasawan untuk membuang air sewaktu berada dalam kapal angkasa. Ciptaan unik ini tidak memerlukan tenaga elektrik atau bateri, hanya menggunakan tenaga kinetik daripada gerakan; justeru mengurangkan risiko alat tersebut untuk rosak. Alat tersebut menggunakan picagari yang dilekatkan pada kaki angkasawan untuk mengawal tekanan dalam saluran tiub bagi membawa cecair bahan buangan ke dalam kantung hidrogel, untuk menukarkannya menjadi pepejal. Pertandingan Lunar Loo Challenge telah dianjurkan oleh NASA bagi merancang misi ke bulan pada 2024.

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on Nov 5, 2020 at 8:57pm PST

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!