Serbuan polis disangka kerja ubah suai rumah

Mohd.Khaizam (kanan) menyoal siasat suapek berkaitan perjudian atas talian yang dilakukannya.
Mohd.Khaizam (kanan) menyoal siasat suapek berkaitan perjudian atas talian yang dilakukannya.
A
A
A

KAJANG - Sekumpulan pekerja sindiket perjudian atas talian yang leka melakukan transaksi judi tidak menyedari unit apartment mereka diserbu polis.

Ini kerana mereka menyangka bunyi bising polis mengumpil pintu kediaman tersebut datang dari kerja-kerja pengubahsuai rumah unit bersebelahan.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor dan Bukit Aman di Mahkota Garden sekitar jam 8 pagi tadi itu berjaya menahan 16 suspek 13 lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 40 tahun yang semuanya warga tempatan.

Seorang suspek lelaki berkata, dia mendengar bunyi besi diketuk beberapa kali namun tidak mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.

"Saya ingat bunyi orang buat renovation (ubah suai) rumah, tapi rupanya polis serbu sini," katanya yang mendapat pekerjaan sebagai khidmat pelanggan perjudian itu melalui iklan jawatan kosong di Facebook.

Antara suspek yang ditahan polis
Antara suspek yang ditahan polis

Suspek berusia 24 tahun itu berkata, dia baru kerja dua bulan dengan gaji RM2,000 sebulan.

"Seminggu enam hari kerja dan ada dua syif, 9 pagi hingga 9 malam.

Artikel Berkaitan:

"Kami semua tinggal di sini termasuk sorang penyelia cuti hari Ahad baru balik kampung," katanya yang berasal dari Subang Jaya.

Dalam pada itu, Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, serbuan dilakukan pada tiga unit apartment itu susulan daripada maklumat awam dan hasil risikan polis.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati sindiket yang sudah beroperasi selama enam bulan itu mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

"Semakan polis juga dapati sindiket perjudian atas talian ini telah menerima pertaruhan berjumlah RM4 juta setiap bulan.

Antara barang kes yang dirampas polis
Antara barang kes yang dirampas polis

"Sindiket ini menggunakan lapan laman sesawang perjudian dan setiap satu dianggarkan boleh mengaut keuntungan sekitar RM2juta," katanya kepada media ketika ditemui dilokasi kejadian.

Mohd. Khaizam berkata, ketiga-tiga unit apartment yang diserbu didapati didatangi oleh satu sindiket sama.

"Dalam serbuan ini, polis merampas 22 set komputer, 42 talifon bimbit, 30 kad sim, tiga laptop dua modem internet dan dua SMS bluster.

"Selain dijadikan pusat operasi perjudian atas talian, apartment yang diserbu itu juga dijadikan hostel untuk kesemua tangkapan.

Mohd. Khaizam menambah, pihaknya akan menjalankan siasatan untuk mengesan ketua sindiket, pemilik banglo dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam operasi perjudian atas talian ini.

"Siasatan dijalankan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Semua suapek dan barang rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut," katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!