RM400 juta bantuan peneroka Felda
KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu bertujuan untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka.
“Bantuan itu juga untuk menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!