Belanjawan 2021: Kerajaan lanjut Program Subsidi Upah
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah yang dilaksanakan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selama tiga bulan lagi, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menurutnya, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM12.5 bilion bagi membiayai Program Subsidi Upah, PERKESO yang membantu 2.7 juta pekerja dan lebih daripada 330,000 majikan sehingga 31 Oktober ini.
"Walau bagaimanapun, masih ramai pekerja terkesan, terutamanya dalam sektor pelancongan. Dengan ini, kerajaan akan melanjutkan pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar.
"Khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan dengan kadar RM600 sebulan bagi pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah," katanya
Selain itu, katanya, had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja dengan RM1.5 bilion diperuntukkan dan dijangka akan membantu kira-kira 70,000 majikan dan 900,000 pekerja.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!